Ketumpatan dan Keapungan

 

Video Aktiviti 2

1. Ketumpatan boleh ditakrifkan sebagai jisim per isipadu suatu bahan.


2. Daripada formula di atas, ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:

    a)    Jisim: semakin besar jisim, semakin besar ketumpatan bahan
    b)    Isipadu: semakin besar isipadu, semakin kecil ketumpatan bahan

3. Keapungan jirim merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau tenggelam dalam jirim lain, dan ia bergantung kepada ketumpatan jirim berkenaan.

4. Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada ketumpatan sesuatu cecair akan terapung pada permukaan cecair tersebut.
    Sebagai contoh, gabus akan terapung di atas permukaan air.

5. Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan sesuatu cecair akan tenggelam di dalam cecair tersebut.
    Sebagai contoh, duit syiling akan tenggelam di dalam air.


Jom adik-adik, cuba jawab soalan di bawah:




Comments

Popular posts from this blog

Pantulan Cahaya

Tekanan Udara (Atmospheric Pressure)

Hukum Newton Pertama - Inersia