Hukum Newton Pertama - Inersia
Hukum Gerakan Newton menerangkan berkenaan hubungkait antara gerakan suatu jasad dengan daya yang dikenakan terhadap jasad tersebut.
Hukum Gerakan Newton ini diperkenalkan oleh seorang ahli Fizik Inggeris terkenal iaitu Sir Isaac Newton. Salah satu buku hasil penulisan beliau yang terkenal adalah buku Mathematical Principles of Natural Philosophy yang diterbitkan pada 5 Julai 1687.
Terdapat tiga prinsip Hukum Gerakan Newton iaitu Hukum Newton Pertama, Hukum Newton Kedua, dan Hukum Newton Ketiga. Dalam artikel ini, Hukum Newton Pertama akan diterangkan berserta demonstrasi mudah seperti berikut.
Inersia
Hukum Newton pertama menyatakan bahawa:
- Objek yang berada dalam keadaan pegun (tidak bergerak) akan kekal dalam keadaan pegun.
- Objek yang bergerak dengan laju seragam dalam satu garis lurus akan terus berada dalam keadaan bergerak kecuali terdapat daya luar yang bertindak ke atasnya.
Hukum Newton Pertama juga dikaitkan dengan Inersia, iaitu kecenderungan suatu jasad untuk kekal pegun atau kekal bergerak.
Inersia sesuatu objek bergantung kepada jisim. Semakin besar jisim suatu objek, semakin besar inersia objek tersebut, dan sebaliknya.
Contoh Inersia dalam kehidupan
- Ketika berada di dalam kenderaan (contohnya kereta), pernahkan adik-adik merasa seperti terdorong ke hadapan sekiranya kenderaan diberhentikan dengan tiba-tiba? Ini disebabkan oleh inersia adik-adik yang cenderung meneruskan pergerakan kehadapan ketika kereta berhenti secara mengejut.
- Sebuah buku diletakkan di atas meja. Sekiranya tiada daya luar dikenakan ke atas buku (contohnya: menolak buku ke kanan), buku tersebut akan kekal berada dalam keadaan pegun.
- Adik-adik perlu menggerakkan botol sos dengan laju ke arah pinggan dan menghentikan botol secara tiba-tiba bagi membolehkan sos keluar di atas pinggan.
Jom adik-adik, cuba jawab soalan di bawah:
Comments
Post a Comment