Posts

Montaj 'Kenangan Bersama' JSMxSRAB Kluang

  Jutaan terima kasih kepada seluruh warga Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kluang terutama kepada guru-guru, murid-murid, serta ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan pelbagai aktiviti bersama kami, Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dalam program SULAM yang ceria, Ilmu dan kasih ditanam bersama, Pelajar bersemangat, ikhlas membara, Membina masa depan, bersama-sama. Bunga kenanga bunga seroja, Mekar meliar di tepi tempayan, Didoakan agar sentosa selamanya, Meneruskan ikatan kekal berpanjangan. Semoga berjumpa lagi!

Tekanan Udara (Atmospheric Pressure)

Image
Video Aktiviti 5 Teori Kinetik Jirim ( Kinetic Theory of Matter ) digunakan untuk menerangkan tentang tekanan udara. Teori ini menyatakan bahawa zarah-zarah di dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggaran antara satu sama lain (rujuk Rajah 1) Rajah 1: Lakaran zarah-zarah molekul udara di dalam sebuah bekas. Udara merupakan jirim yang terdiri daripada zarah-zarah yang sentiasa bergerak secara rawak dan di kesemua arah. Pergerakan zarah-zarah ini menyebakan ianya berlanggar sesama sendiri dan juga dinding bekas yang menyebabkan terhasilnya tekanan ke atas bekas (objek). Tekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek dikenali sebagai Tekanan Udara. Semakin tinggi sesuatu kawasan atau titik rujukan dari aras laut, semakin rendah tekanan udara (rujuk Rajah 2). Keadaan ini berlaku kerana bilangan zarah udara semakin berkurangan di kawasan yang lebih tinggi (dari paras laut). Rajah 2 Aplikasi tekanan udara dalam k

Hukum Newton Pertama - Inersia

Image
Hukum Gerakan Newton menerangkan berkenaan hubungkait antara gerakan suatu jasad dengan daya yang dikenakan terhadap jasad tersebut. Hukum Gerakan Newton ini diperkenalkan oleh seorang ahli Fizik Inggeris terkenal iaitu Sir Isaac Newton. Salah satu buku hasil penulisan beliau yang terkenal adalah buku Mathematical Principles of Natural Philosophy yang diterbitkan pada 5 Julai 1687. Terdapat tiga prinsip Hukum Gerakan Newton iaitu Hukum Newton Pertama, Hukum Newton Kedua, dan Hukum Newton Ketiga. Dalam artikel ini, Hukum Newton Pertama akan diterangkan berserta demonstrasi mudah seperti berikut. Inersia Video Aktiviti 4 Hukum Newton pertama menyatakan bahawa:      Objek yang berada dalam keadaan pegun (tidak bergerak) akan kekal dalam keadaan pegun.      Objek yang bergerak dengan laju seragam dalam satu garis lurus akan terus berada dalam keadaan bergerak kecuali terdapat daya luar yang bertindak ke atasnya. Hukum Newton Pertama juga dikaitkan dengan Inersia , iaitu kecenderungan suat

Hukum Termodinamik Pertama

Image
Termodinamik adalah kajian tentang hubungan tenaga yang melibatkan haba, kerja mekanik dan aspek lain tentang pemindahan tenaga dan haba. Hukum Termodinamik   Pertama  mengatakan bahawa  bahawa dalam satu sistem tertutup ( isolated system ), jumlah tenaga di dalamnya tidak akan berubah (malar).  Hukum ini merupakan hasil daripada Hukum Keabadian Tenaga   yang menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dihasilkan atau dimusnahkan, tetapi ianya boleh berubah kepada bentuk tenaga yang lain (contoh: tenaga bunyi, tenaga elektrik, tenaga kimia, dll). KESAN HABA TERHADAP JIRIM (MATTER) Setiap jirim (pepejal, cecair, gas) akan mengembang jika dipanaskan dan mengecut jika disejukkan. Video Aktiviti 3 Pengembangan dan pengecutan gas adalah lebih banyak berbanding cecair disebabkan oleh susunan molekul gas yang lebih besar jika dibandingkan dengan molekul cecair. Rajah 1 Sekiranya botol berisi udara dilekatkan kepada belon dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas (Rajah 1), belon akan mengembang. In

Ketumpatan dan Keapungan

Image
  Video Aktiviti 2 1. Ketumpatan boleh ditakrifkan sebagai jisim per isipadu suatu bahan. 2. Daripada formula di atas, ketumpatan sesuatu bahan bergantung kepada dua faktor:     a)      Jisim: semakin besar jisim, semakin besar ketumpatan bahan     b)      Isipadu: semakin besar isipadu, semakin kecil ketumpatan bahan 3. Keapungan  jirim merujuk kepada samada sesuatu jirim itu terapung atau tenggelam dalam jirim lain, dan ia bergantung kepada ketumpatan jirim berkenaan. 4. Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih rendah daripada ketumpatan sesuatu cecair akan terapung pada permukaan cecair tersebut.     Sebagai contoh, gabus akan terapung di atas permukaan air. 5. Pepejal yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada ketumpatan sesuatu cecair akan tenggelam di dalam cecair tersebut.     Sebagai contoh, duit syiling akan tenggelam di dalam air. Jom adik-adik, cuba jawab soalan di bawah:

Pantulan Cahaya

Image
Video Aktiviti 1 CIRI-CIRI CAHAYA 1. Bergerak dalam garis lurus, dengan kelajuan 3x10^8 m/s 2. Cahaya akan dipantulkan jika terkena permukaan yang licin. 3. Cahaya akan dibiaskan jika melalui medium yang berbeza ketumpatan. HUKUM PANTULAN CAHAYA 1. Definisi - Fenomena pembalikan cahaya apabila terkena permukaan yang licin dan berkilat Rajah 1 2. Berdasarkan Rajah 1, sudut tuju, i bersamaan dengan sudut pantulan r.  3. Kedua-dua sudut diukur dari garisan normal yang berserenjang dengan permukaan cermin. 4. Sinar tuju, sinar pantulan dan garisan normal terletak pada satah yang sama. PANTULAN DALAM PENUH 1. Pantulan dalam penuh merupakan suatu fenomena dimana cahaya dipantulkan bukan dibiaskan apabila sinar cahaya merambat dari medium lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat. Rajah 2 2. Apabila cahaya merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium kurang tumpat (seperti contoh Rajah 2, cahaya merambat dari kaca ke udara), cahaya akan dibiaskan. 3. Namun, sekiranya sudut tuju melebihi s