Hukum Termodinamik Pertama

Termodinamik adalah kajian tentang hubungan tenaga yang melibatkan haba, kerja mekanik dan aspek lain tentang pemindahan tenaga dan haba.

Hukum Termodinamik Pertama mengatakan bahawa  bahawa dalam satu sistem tertutup (isolated system), jumlah tenaga di dalamnya tidak akan berubah (malar). 

Hukum ini merupakan hasil daripada Hukum Keabadian Tenaga  yang menyatakan bahawa tenaga tidak boleh dihasilkan atau dimusnahkan, tetapi ianya boleh berubah kepada bentuk tenaga yang lain (contoh: tenaga bunyi, tenaga elektrik, tenaga kimia, dll).

KESAN HABA TERHADAP JIRIM (MATTER)

Setiap jirim (pepejal, cecair, gas) akan mengembang jika dipanaskan dan mengecut jika disejukkan.

Video Aktiviti 3

Pengembangan dan pengecutan gas adalah lebih banyak berbanding cecair disebabkan oleh susunan molekul gas yang lebih besar jika dibandingkan dengan molekul cecair.

Rajah 1

Sekiranya botol berisi udara dilekatkan kepada belon dimasukkan ke dalam bekas berisi air panas (Rajah 1), belon akan mengembang.

Ini disebabkan oleh tenaga haba dari air panas dipindahkan ke molekul-molekul udara di dalam belon yang akan menyebabkan belon mengembang.
 
Bolehkah adik-adik bayangkan apa yang akan terjadi kepada belon berkenaan sekiranya air panas dibiarkan sejuk ke suhu bilik? Haa, jom jawab soalan di bawah.


Jom adik-adik, cuba jawab soalan di bawah:






Comments

Popular posts from this blog

Pantulan Cahaya

Tekanan Udara (Atmospheric Pressure)

Hukum Newton Pertama - Inersia