Tekanan Udara (Atmospheric Pressure)
Video Aktiviti 5
Teori Kinetik Jirim (Kinetic Theory of Matter) digunakan untuk menerangkan tentang tekanan udara.
Teori ini menyatakan bahawa zarah-zarah di dalam sesuatu jirim sentiasa bergerak dan berlanggaran antara satu sama lain (rujuk Rajah 1)
Rajah 1: Lakaran zarah-zarah molekul udara di dalam sebuah bekas.
Udara merupakan jirim yang terdiri daripada zarah-zarah yang sentiasa bergerak secara rawak dan di kesemua arah. Pergerakan zarah-zarah ini menyebakan ianya berlanggar sesama sendiri dan juga dinding bekas yang menyebabkan terhasilnya tekanan ke atas bekas (objek).
Tekanan yang dihasilkan oleh pelanggaran zarah-zarah udara ke atas permukaan luar dan permukaan dalam sesuatu objek dikenali sebagai Tekanan Udara.
Semakin tinggi sesuatu kawasan atau titik rujukan dari aras laut, semakin rendah tekanan udara (rujuk Rajah 2). Keadaan ini berlaku kerana bilangan zarah udara semakin berkurangan di kawasan yang lebih tinggi (dari paras laut).
Rajah 2
Aplikasi tekanan udara dalam kehidupan
1. Picagari: Apabila picu picagari ditarik ke atas, tekanan udara di dalam silinder picagari akan berkurangan. Tekanan udara di luar picagari akan bertambah dan menolak masuk cecair ke dalam picagari.
2. Penyedut minuman: Apabila sesorang menyedut minuman melalui penyedut minuman, tekanan udara di dalam penyedut minuman akan berkurang. Tekanan udara di dalam cawan akan bertambah dan menyebatkan minuman ditolak masuk ke dalam mulut melalui penyedut minuman.
3. Pembersih hampagas (vacuum cleaner) : Bolehkah adik-adik terangkan aplikasi tekanan udara untuk pembersih hampagas?
Jom adik-adik, cuba jawab soalan di bawah:
Comments
Post a Comment