Pantulan Cahaya

Video Aktiviti 1

CIRI-CIRI CAHAYA

1. Bergerak dalam garis lurus, dengan kelajuan 3x10^8 m/s

2. Cahaya akan dipantulkan jika terkena permukaan yang licin.

3. Cahaya akan dibiaskan jika melalui medium yang berbeza ketumpatan.


HUKUM PANTULAN CAHAYA

1. Definisi - Fenomena pembalikan cahaya apabila terkena permukaan yang licin dan berkilat

Rajah 1

2. Berdasarkan Rajah 1, sudut tuju, i bersamaan dengan sudut pantulan r. 
3. Kedua-dua sudut diukur dari garisan normal yang berserenjang dengan permukaan cermin.
4. Sinar tuju, sinar pantulan dan garisan normal terletak pada satah yang sama.

PANTULAN DALAM PENUH

1. Pantulan dalam penuh merupakan suatu fenomena dimana cahaya dipantulkan bukan dibiaskan apabila sinar cahaya merambat dari medium lebih tumpat ke medium yang kurang tumpat.

Rajah 2

2. Apabila cahaya merambat dari medium yang lebih tumpat ke medium kurang tumpat (seperti contoh Rajah 2, cahaya merambat dari kaca ke udara), cahaya akan dibiaskan.
3. Namun, sekiranya sudut tuju melebihi sudut genting, cahaya tidak akan dibiaskan tetapi akan dipantulkan semula ke medium pertama (lebih tumpat)
4. Fenomena ini dipanggil Pantulan Dalam Penuh.

FENOMENA PANTULAN DALAM PENUH DALAM KEHIDUPAN HARIAN

1. Imej pokok dan tasik di gurun pasir yang kelihatan tidak jauh di hadapan yang sebenarnya merupakan ilusi sahaja.

2. Pemandu kereta pada hari yang panas kadang-kadang mendapati jalan raya kelihatan basah yang diperhatikan sebenarnya merupakan jalan raya yang kering setelah mendekat.


Jom adik-adik, cuba jawab soalan di bawah:




Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Udara (Atmospheric Pressure)

Hukum Newton Pertama - Inersia